Selamat Datang
CUKAI HARTA

Cukai harta adalah cukai yang dikenakan kepada semua pegangan yang terletak di dalam kawasan Lembaga Bandaran Johor Tenggara seperti rumah kediaman, kedai, kilang, tanah kosong dan sebagainya. Ianya dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 1997 setelah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri bagi menggantikan bayaran kutipan sampah. Kadar yang diluluskan sebagaimana berikut:

Jenis Kegunaan/Pegangan Kadar (%)

  a)   Kediaman     0.18
  b)   Perniagaan     0.24
  c)   Perindustrian     0.40
  d)   Pertanian     0.10
  e)   Rizab Melayu     0.12

 

Cukai harta dikenakan bertujuan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan LBJT yang semakin meningkat seperti kos penyelenggaraan perparitan, jalan, kebersihan, bayaran air dan elektrik awam, kos pengurusan dan lain-lain perbelanjaan. Antara faktor-faktor yang menentukan jumlah cukai harta adalah jenis kegunaan pegangan, luas tanah, luas bangunan, jenis bahan binaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi apabila ianya dinilaikan mengikut nilaian pasaran.

Cukai harta boleh dibayar 2 kali setahun mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bagi penggal pertama iaitu dari bulan Januari hingga Jun, cukai harta perlu dibayar sebelum bulan Mac pada tahun tersebut. Manakala bagi penggal kedua pula iaitu dari bulan Julai hingga Disember, cukai harta perlu dibayar sebelum bulan September.

Halaman: 1  2  3  4  5  

Saiz Teks & Warna Teks :
Kecilkan Teks Besarkan Teks Set_Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
| Latar Belakang :
| Teks Suara :
Teks Suara