Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 1993 dan merupakan satu-satunya muzium di negara ini yang berkonsepkan kepada kehidupan aktiviti nelayan. Tujuan pembinaan muzium ini adalah untuk menggambarkan kepada masyarakat tentang cara hidup dan aktiviti nelayantradisional sejak dari awal abad ini hingga kepada pengunaan peralatan dan teknik-teknik menangkap ikan moden yang digunakan hari ini.
Terdapat lebih 250 artifak bahan pameran terdiri daripada gambar-gambar, replika menangkap ikan, diorama perkampungan nelayan, model perahu dan peralatan menangkap ikan dan sebagainya. Pada tahun 2005 hingga 2006, Muzium Nelayan Tanjung Balau telah diubahsuai dan dinaiktaraf dengan menambah ruang pameran untuk galeri kapal karam, geleri geologi dan mengindahkan persekitaran muzium. Artifak yang terdapat di galeri kapal karam dan geologi ini merupakan bahan artifak setempat yang diambil daripada kawasan sekitar. Contohnya artifak daripada kapal karam di perairan Desaru pada tahun 1872.
Kini Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dibuka semula kepada orang ramai untuk lawatan.