Kelulusan Pelan Susunatur, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan, Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan Tambahan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap iaitu telah memenuhi keperluan Jabatan Teknikal.
Meluluskan Pelan Ubahan dan Tambahan dan Pelan Pindaan yang tidak melibatkan Jabatan Teknikal (tidak melalui OSC) dalam tempoh tidak melebihi 30 hari.
Meluluskan Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan Tambahan Rumah Ringkas (pelan yang dikenakan fee minima RM35.00) dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.
Memastikan kesemua permohonan lesen perniagaan baru diproses dalam tempoh 7 hari bekerja bagi permohonan lesen yang tidak berisiko dan 30 hari bekerja bagi permohonan lesen perniagaan yang berisiko setelah permohonan yang lengkap diterima termasuk ulasan dari Jabatan Teknikal yang lain seperti Jabatan Bomba.
Perkhidmatan mengangkut sampah sarap di kawasan kediaman, perniagaan dan kilang bermula antara jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari, iaitu sebanyak tiga kali seminggu mengikut kawasan. Pembersihan kawasan tapak pasar malam dilakukan lebih kurang 12.00 malam pada hari-hari tertentu.
Semua aduan pelanggan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari selepas aduan diterima