Selamat Datang
PERUTUSAN YANG DIPERTUA LEMBAGA BANDARAN JOHOR TENGGARA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Lembaga Bandaran Johor Tenggara.

Dalam era globalisasi masakini, informasi dan maklumat menjadi satu  sumber pengetahuan yang sangat penting. Masyarakat sentiasa  berlumba-lumba untuk memperolehi informasi berguna bagi santapan  minda yang sekali gus menjana perkembangan mental yang lebih  produktif.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Lembaga Bandaran Johor Tenggara  kerana berjaya membangunkan Laman Webnya sendiri yang diharapkan  akan menjadi satu medium khususnya bagi masyarakat yang tinggal di  dalam kawasan pentadbiran Lembaga Bandaran Johor Tenggara untuk  berkomunikasi dan berinteraksi secara atas talian.

Dengan keluasan 23,849.31 ekar, LBJT mempunyai 6 kawasan pentadbiran yang terletak berjauhan antara satu sama lain. Namun begitu, faktor geografi ini tidak menjadi penghalang kepada LBJT untuk membangunkan kawasan-kawasan pentadbirannya. Ini terbukti dengan kewujudan infrastruktur dan fasiliti yang sentiasa dipertingkatkan di setiap kawasan dari semasa ke semasa.

Lantaran cabaran yang begitu getir dalam mengurus tadbir sebuah PBT, aplikasi Teknologi ICT dan strategi bersistematik mampu mengangkat Lembaga Bandaran Johor Tenggara sebagai salah satu PBT di Malaysia yang maju dan dinamik. Seiring dengan matlamat penjenamaan bandar-bandar baru KEJORA dengan tiga sektor utama iaiatu perindustrian, pelancongan dan pendidikan.

Akhir kata, kerjasama dan sokongan berserta pandangan dan kritikan positif daripada semua pihak dan masyarakat amat diperlukan untuk melihat kawasan Lembaga Bandaran Johor Tenggara terus membangun dengan pesat.


Sekian. Wassalam.

Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
Menteri Besar Johor,
Merangkap Yang Dipertua Lembaga Bandaran Johor Tenggara

Saiz Teks & Warna Teks :
Kecilkan Teks Besarkan Teks Set_Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
| Latar Belakang :
| Teks Suara :
Teks Suara