Fungsi Lembaga Bandara Johor Tenggara (LBJT) mula dilaksanakan dan dikuatkuasakan pada 8 Julai 1983 mengikut Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kuasa-kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada KEJORA sebagaimana Enakmen Bil. 7 (penyerahan tugas kepada KEJORA):
Di bawah Seksyen 5 - LBJT boleh bertindak sebagai pemungut di bawah Kanun Tanah Negara
Di bawah Seksyen 7 - LBJT boleh menjalankan tugas sebagai Lembaga Bandaran.
Tugas dan fungsi LBJT mengikut unit adalah sebagaimana berikut:
Unit Kebersihan dan Perlesenan
Memproses permohonan, mengeluarkan, memperbaharui dan membatalkan lesen tred gerai, pasar awam dan pasar malam.
Menyedia, mengurus dan mengawal perkhidmatan pungutan dan pelupusan sampah, pembersih parit, longkang, jalan, kawasan lapang dan pemotongan rumput.
Menyediakan perkhidmatan kesihatan am termasuklah kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit bawaan vektor.
Penyewaan gerai-gerai milik LBJT.
Unit Bangunan
Melaksanakan proses kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang di dalam kawalan pembangunan.
Pengeluaran pelbagai permit dan lesen yang berhubung-kait dengan bangunan.